Tuesday, August 24, 2010

seni khat warisan islam

ini adalah antara tulisan khat yang berjaya aku pelajari setakat ini. rupa-rupanya baru aku tahu yang sebenarnya terdapat banyak jenis khat dalam dunia islam ini. banyak lagi yang perlu aku pelajari lagi selepas ini.

:: khat nasakh ::
acquired skill sejak sekolah rendah agama. tulisan ini menggunakan highlighter stabilo dan diperkemaskan garisan luar dengan ball pen. sungguh amatur. haha.. khat ini paling mudah dipelajari dan boleh dikatakan basic untuk orang yang baru hendak belajar.

:: khat kufi murabba' ::
acquired skill baru 3 minggu yang lepas. tulisan ini menggunakan microsoft excel & paint. tertarik dengan keunikan bentuk petak + perlu kreatif sedikit. khat ini biasanya digunakan sebagai hiasan batu mozek di masjid-masjid.
antara contoh-contoh exercise yang aku telah cuba. susah jugak membuatnya, but in the same time fun:

- fairul syafizal ibrahim -

- mohd nor shamsul baharom -

- syazni abu bakar -

- mohd nizam othman -

- raja aznam shah raja razali -

- selamat hari raya aidilfitri -

- doa melihat cermin -

- surah al-ikhlas -
* mendapat teguran dari master kufi "shukor yahya": huruf ha pada perkataan 'ahad' pelik sedikit. aku akan cuba perbaiki lagi di masa hadapan.


:: sumber utama rujukanku ::


:: khat farisi ::
jangan salah sangka. gambar khat ini hanyalah sumber inspirasiku untuk planning pembelajaran seterusnya, insya-Allah. tertera di bahagian bawah adalah khat farisi. khat ini popular dan menjadi perkara kacang kepada masyarakat arab khususnya orang iran.

No comments:

Post a Comment